2 hari ..
Around 2 hari rasanya ..
Then .. tadi 10.15pm .. dapat bercakap selama 15 mins. Terubat rasanya .. kerinduan ini. Hahaha.
Lepas 10.30pm sampai sekarang ni, masih lagi terasa rindu. Ahh .. kegilaan apakah ini?
Bilakah dapat bertemu?
Around 2 hari rasanya ..
Then .. tadi 10.15pm .. dapat bercakap selama 15 mins. Terubat rasanya .. kerinduan ini. Hahaha.
Lepas 10.30pm sampai sekarang ni, masih lagi terasa rindu. Ahh .. kegilaan apakah ini?
Bilakah dapat bertemu?
Kadang-kadang memang rasa hampa. Lebih hampa bila diberi sedikit harapan. Tetapi aku terus mencuba. Terus mencuba dengan harapan. Tuhan Maha Kaya. Tuhan Maha Mendengar. Aku teruskan apa yang boleh, berdoa dan berharap pada Yang Satu.
Sesudah Subuh, terus aku ke bilik air. Mandi-manda ala koboi. Mengenakan pakaian secepat yang mungkin dan memanaskan enjin EG kesayangan. Wan sms menanyakan bagaimana dengan plan kami? Aku segera membalas, OK.
Panas sudah enjin kereta, terus cabut ke arah Bukit Antarabangsa seperti yang dijanjikan. Aku meletakkan kereta elok-elok di penghujung Jalan UB2. Lalu mula melayani lagu dan celoteh penyampai radio.
Dalam setengah jam, Wan pun tiba. Selalunya aku akan terus ke rumahnya di AU5 tetapi kali ini aku diberitahu untuk menunggu di Ukay Bistari. Mahu menghantar kereta katanya. Usai sudah urusan Wan ngan kakaknya, kami terus bergegas ke Setiawangsa.
Gelanggang basketball yang cukup dikenali sungguhpun dua gelanggang futsal dan satu dewan dibangunkan berhampiran. Kawasan ini memang terjaga. Kelihatan sekumpulan makcik-makcik sedang ber-taichi di atas gelanggang basketball, aku dan Wan menundakan hasrat buat sebentar.
Seeloknya kumpulan taichi itu beredar, aku dan Wan terus memakai kasut dan berjalan ke arah gelanggang. Banyak perubahan. Aku pun tidak ingat bilakah kali terakhir aku ke sini. Walkways tersusun rapi dan bersih. Pokok-pokok melindungi walkways dari sinaran matahari. Segar sungguh rasanya udara di kawasan ini walaupun KL teruk dilanda jerebu.
Kami bermain selama 30 - 45 minit sahaja. Pancit yang amat.
“Ahh .. sudah tua rupanya aku ini“, kataku secara perlahan kepada Wan.
Dia hanya tergelak sahaja. Dia turut menyatakan bagaimana dia langsung tidak bersukan ketika di Beijing. Kepulangannya kali ini semata-mata untuk menghadiri majlis perkahwinan Am dan majlis perkahwinan Oden. Dua game sahaja sudah cukup untuk membuatkan aku berpeluh. Lama sangat tidak mengeluarkan peluh pagi-pagi begini. Kebiasaanya, futsal pada malam Sabtu di Subang. Itupun kalau ade.
Habis bermain, aku terus hantar Wan ke dentist. Appointmentnya pada pukul 9.30am. Aku pula pulang ke rumah dan sempat berborak dengan Uz melalui YM.
Uz : Aku tengah dapatkan surat pengesahan status bujang dari HR ni .. tunggu boss sign jap.
Aku : Ok .. so confirm la kan arini kita gi Pejabat Agama?
Uz : Haa .. ko ngan Wan la saksi, nak setel secepat mungkin.
Mandi-manda semula tapi bukan secara koboi. Huhu. Siap sahaja terus pergi ke Taman Permata dan bersarapan dengan Wan yang baru selesai datingnye dengan Dr. Zalinda. Scaling katanya. Aku belasah nasi lemak ayam dan teh o suam. Tekak masih seakan loya dan gatal.
Sudah genap dua hari aku berasa kurang selesa dengan tekak ni. Radang agaknye. Hana sudah banyak kali mengingatkan aku untuk mengambil ubat. Biasalah, aku bukan suka sangat makan ubat ni maka biarkan sahaja dan berharap utk ia baik sendiri. Abes makan-makan, aku terus menghantar Wan pulang. Dia hendak bersiap katanya.
Aku pula balik ke rumah sambil menunggu Uz. Uz sampai terus dia mengeluarkan pen dan borang-borang yang perlu diisi. Banyak juga borang yang perlu diisi untuk berkahwin ni. Huhu. Aku tengok je dia menulis sambil mengajukan dua tiga soalan pasal steps-steps perkahwinan.
Uz plak tanya siapa Hana. Aku tak menjawab tetapi terus menunjukkan profail Hana kat facebook. Soalan demi soalan kuar dari dia. Haha. Memang lama sangat kami tak berjumpa since memasing dah ade life path sendiri. Tak macam zaman persekolahan dulu. Uz sibuk dengan Upin Ipin nya .. Wan kat Beijing .. Oden pun susah nak jumpa while Imran masih lagi belajar di UiTM .. Tepet plak kat Sabah.

Dulu dulu
Terimbau kembali kenangan zaman persekolahan. Kecuali Tepet, kami berlima memang dikenali di kalangan juniors disebabkan basketball. Kami selalu saja menganggu Pn. Anita untuk beliau menubuhkan kelab bola keranjang. Pn. Anita selalu sangat bagi muka pada kami memandangkan kami jarang mengecewakan dia dalam Add Maths. Haha. Pandai bodek.
Pukul 12, Wan call dan minta kami berjumpa di McDonalds Setiawangsa. McDonalds ni memang kegemaran kami suatu ketika dulu. Sampaikan permainan ku chi pang digantikan dengan McDonalds. Macam-macam gaya kami reka untuk meals yang ada di McDonalds. Sesi makan-makan bermula.
Wan mula buka cerita tentang Beijing. Tentang hidup dia disana. Uz mula bercerita tentang Azie dan perkahwinannya. Aku? Mendengar dengan sebaik mungkin, mencerna apa yang penting utk diri sendiri. Pelbagai cerita keluar. Sampaikan Wan bercerita bagaimana Am bernikah pada Jumaat lepas. Tiba-tiba aku pula membayangkan diri sendri, dengan jelas aku bersuara kepada mereka berdua.
Aku : Uishh .. tetiba seram sejuk plak. Tapi yang nak kawen pas ni Uz, aku plak yang seram sejuk.
Kami tergelak. Wan dan Uz bersetuju. Out of nowhere, kami plan utk bermain basketball lagi pada sebelah malam. Bersama-sama budak Les’Copaque. Ada dua tiga orang yang aku dan Wan kenal. Bebudak opis Uz boleh tahan ramahnye.
Seperti yang dijanjikan, lepas Maghrib bertolak aku ke Bukit Jelutong dengan bantuan Uz melalui phone. Aku memang tidak arif langsung tentang jalan-jalan di Shah Alam dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Haha.
Sampai sana, terus bermain. Sehingga penat. Aku memang tak larat nak berlari sangat. Mungkin kerana kurang fit. Hidung macam paip, batuk-batuk dan tekak mengada. Haha. Memang aku tak lari-lari sangat. Dah tua. Hahaha. Wan pula tiba sedikit lewat kerana berjumpa dengan Nad. Main sampai penat dan balik.
Best .. memang best. Lagi best kalau ada Imran ngan Odin. Tepet skali. Terasa seperti ingin kembali ke zaman persekolahan.